Tutup 4 hotel TH, SPV 'selamatkan' apa?



1. Pada 14 Disember 2018, syarikat tujuan khas (SPV) untuk 'menyelamatkan' Tabung Haji ditubuh di bawah Kementerian Kewangan. Syarikat tersebut ialah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

2. Pada 28 Disember 2018, sebahagian aset Tabung Haji dipindahkan ke UJSB. Aset tersebut terdiri daripada 29 harta tanah, 1 syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

3. Jumlah perpindahan ialah RM19.9 bilion.


Loading...

4. Antara aset yang dipindahkan ialah beberapa hotel milik Tabung Haji di bawah anak syarikatnya, Tabung Haji Hotel & Residence (THHR).

5. Hari ini, 17 Februari 2020, sesudah setahun di bawah syarikat milik Kementerian Kewangan, 4 hotel Tabung Haji akan ditutup berkuatkuasa 1 April 2020 ini. Rujuk di sini.

6. Ia hanya berlaku selepas tujuh tahun Tabung Haji bergiat dalam bidang perhotelan.


Loading...

7. Sejumlah pekerja (tidak dimaklumkan berapa) akan ditamatkan perkhidmatan.

8. Hal ini amat bercanggah dengan apa yang dijamin oleh Menteri bertanggungjawab, Mujahid Yusof yang berkata, tiada kerugian dialami oleh pihak Tabung Haji melalui SPV malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH. Rujuk di sini.

9. Jika mahu bertanya kepada Menteri Kewangan, awal-awal lagi beliau sudah menepis dengan mengatakan, SPV adalah tanggungjawab Mujahid. Rujuk di sini.


Loading...

Berapa banyak hotel milik Tabung Haji yang telah diusahakan selama ini?

Dalam negara:
  1. Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang;
  2. TH Hotel & Convention Centre Kuching, Sarawak;
  3. TH Hotel & Convention Centre Alor Star, Kedah
  4. TH Hotel & Convention Centre Terengganu;
  5. TH Hotel Penang,
  6. TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah;
  7. TH Hotel Kelana Jaya, Selangor.

Loading...

Luar negara:
  1. Centrica Global Headquarters, 10 Queen Street Place London and Unilever House di United Kingdom;
  2. Imperial Hurstville Sydney di Australia;
  3. Hajar Tower Makkah,
  4. Al-Haram Hotel Madinah,
  5. Al-Saha Hotel Madinah
– Korek Korek


Loading...


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram