Patriot: Umno tak boleh dibenarkan perintah negara lagi



Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata Pakatan Harapan patut dibenarkan untuk menubuhkan kerajaan baru.

"Nampaknya PH, kini terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, adalah gabungan paling bersatu dan memiliki anggota parlimen paling ramai berbanding gabungan lain.

Loading...

"Patriot meminta anggota parlimen Bersatu, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak, mereka yang berprinsip, untuk menyertai PH dan membantu menubuhkan kerajaan," kata presidennya Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan.

Patriot menegaskan pilihan raya perlu dielakkan seboleh mungkin dan menyifatkan gesaan oleh Umno dan PAS sebagai "pentingkan diri sendiri".

Loading...

Katanya, pilihan raya pada masa ini hanya akan menjejaskan ekonomi.

"Umno yang mensabotaj ekonomi negara tidak boleh dibenarkan memerintah lagi," katanya. – Mkini

Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram