
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan rasa bangga kerana diberi peluang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia satu keistimewaan yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.
“Saya pergi untuk mengemaskan apa-apa yang ada (pejabat TPM) barang-barang sayalah” katanya sebelum meninggalkan kediamannya dengan kenderaan Vellfire miliknya pada pukul 9.43 pagi menuju ke pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.
Loading...
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, amanah yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya sebagai wanita pertama menjawat jawatan itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- PM letak jawatan, Kabinet terbubar – Prof Dr Ramlah Adam
- Kerajaan PH masih 'berjalan' - Lim Guan Eng
- Agong jadi 'pentadbir' sementara
- Agong lantik Tun M sebagai PM interim
- Agong batal perlantikan menteri-menteri
- TERKINI: Kerajaan Negeri Melaka terbubar
- Paling kurang 3 negeri PH runtuh
- Adly beri ucapan terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka
Join our Telegram Channel