Yang sibuk-sibuk Pakatan Nasional buat apa? – Shahril Samad



Kita kena sabar. Tak payah la nak buat kerajaan Pakatan Nasional. Kita buat yang bermaruah. Kita buat yang berprinsip.

Apehal nak, konon-konon nak jadi kerajaan? Dalam kedaan mereka sedang menurun, kita nak tolong pulak? Kita teruskan.


Loading...

Kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, eh, PKR pasti pecahlah. Pribumi pun pasti pecah. Lagi apa nak? Apa susahnya Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir nak bagi tak nak bagi, gasak dialah!

Kan? Ha, hal dia. Dia yang janji. Dia sama-sama janji. Hal dialah!


Loading...

Kita nak sibuk-sibuk buat apa? Kita perkuatkan Muafakat Nasional kita dan kita bekerja, perjuangkan kepentingan rakyat.

Sekarang rakyat menjadi mangsa, kita menjadi pembela, insya-Allah.


Loading...

Jangan dia pulak, alih-alih Anwar Ibrahim pula jadi mangsa kali kedua pulak.

Kita sabar. Masanya akan datang dan kita tahu, kemenangan pada pihak yang sabar kerana kebenaran itu juga disebelah kita. – Tan Sri Shahrir Samad / Cinca


Loading...


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram