
MELAKA: 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua lagi Adun daripada PKR dan DAP dijangka menghadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada petang Khamis.
Kesemua Adun dilihat bersiap sedia dengan berpakaian kemas serta bersongkok selepas sidang media khas Perikatan Nasional pagi ini.
Loading...
Difahamkan kesemua Adun itu akan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) tanpa nama dua Adun Bersatu iaitu Adun Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Adun Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.
Teka-teki siapa Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka bakal diketahui selewat-lewatnya petang ini menerusi satu kenyataan media yang akan dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka atas persetujuan Tun Mohd Khalil Yaakob.
Loading...
Ia sekaligus dijangka menamatkan kemelut politik Melaka yang berterusan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2 Mac lalu.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan Tun Mohd Khalil telah bersetuju agar Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.
Loading...
Istiadat itu dijadualkan bermula jam 9.00 pagi Jumaat di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Tun Mohd Khalil Yaakob. – Astro Awani
Please subscribe
Loading...
ARTIKEL MELAKA:
- Kerajaan PH Melaka tumbang
- Saya mengaku saya jadi barua – Norhizam Hassan Baktee
- Adly Zahari cadang TYT bubar DUN, adakan Pilihan Raya Negeri
- Melaka: TYT tolak cadangan Adly bubar DUN
- "Saya tidak akan letak jawatan" – Adly Zahari
- Saya masih Ketua Menteri Melaka, kata Adly
- Khidmat Adly telah tamat 4 petang semalam – TYT
- Zahid bertemu TYT Melaka
- Zahid: Cadangan dah beri, tunggu TYT umum
- PN Melaka tarik balik kerjasama 2 Adun Bersatu
Join our Telegram Channel