Adegan berpeluk Mahathir, Siti selepas sidang media



TINDAKAN spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini, menyentuh perasaan ramai.

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir dilihat terkejut dan cuba mengelak daripada dipeluk isterinya.


Loading...

Bekas Perdana Menteri ketujuh itu juga kelihatan malu-malu namun orang ramai meminta beliau turut memeluk isterinya sambil orang yang di sekeliling beramai-ramai merakam adegan yang kekok itu.

Dr Siti Hasmah dipercayai berbuat demikian bagi menenangkan suaminya selepas krisis politik yang melanda sepanjang minggu ini.


Loading...

Sebelum ini Mahathir membuat pusingan-u apabila menolak membuat gabungan dengan parti majoriti Islam Umo-Pas, memilih untuk bersama dengan parti DAP yang majoriti adalah orang bukan Islam.

Tindakannya membuatkan rakyat tertanya-tanya kerana apakah tujuan beliau meletakkan jawatan pada permulaannya jika akhirnya tetap mahu bersama dengan parti DAP yang terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salah guna kuasa selain penjualan aset milik orang Islam seperti Tabung Haji. – FMT/Cinca?


Loading...


Please subscribe

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram