Adun Gadek left semua group Whatsapp PH, mungkin sertai PN?



Desas-desus bahawa Adun Gadek G Saminathan bakal keluar dari parti DAP dan menyertai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka dinafikan oleh isterinya.

“Minta jasa baik wartawan jangan sebarkan berita palsu.

“Sebagai isteri, saya lebih mengenali diri dia, walau keadaan apa pun dia tetap dengan pendiriannya,” kata V Umah Devi dalam kiriman Facebook hari ini.


Loading...

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Saminathan untuk mendapatkan penjelasan.

Untuk rekod, portal The Star melaporkan bahawa terdapat dakwaan bahawa Adun Gadek itu bersedia untuk menyertai PN.

Laporan itu memetik sumber seorang Adun DAP Melaka bahawa Saminathan bertindak keluar dari semua kumpulan WhatsApp berkait dengan Pakatan Harapan (PH) negeri Melaka semalam (12 Mac).


Loading...

Untuk rekod, Saminathan juga merupakan salah seorang daripada 12 tahanan yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebelum dibebaskan bulan lepas.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Melaka dibarisi 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong gabungan Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan negeri.

Ini berikutan tindakan seorang Adun DAP dan seorang lagi dari PKR bertindak keluar dari parti masing-masing dan memberi sokongan kepada PN. – Mkini

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram