Ahmad Maslan: Nak ambil PhD, doakan saya



Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menyuarakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, bidang yang mungkin dipilih bekas timbalan menteri kewangan itu mungkin dasar ekonomi dan kewangan.

"Hari ini saya ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur untuk perbincangan ambil PhD dalam bidang berkaitan dasar ekonomi dan kewangan. Semoga hasil tesis saya nanti boleh digunakan untuk manfaat rakyat dan negara.

Loading...

"Hidup perlu diteruskan, perlu juga ada dimensi baru...Mohon doakan saya," katanya yang merupakan anggota Parlimen Pontian sejak 2008.

Beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam Ekonomi dan Politik di Universiti Victoria, New Zealand pada 1988.

Beliau pernah menjadi timbalan pengarah Biro Tatanegara sebelum menjadi setiausaha sulit kanan kepada Mustapa Mohamed selama enam tahun.

Loading...

Selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003, beliau meneruskan khidmat di badan berkaitan kerajaan.

Selepas menang pada PRU 2008, beliau dilantik menjadi timbalan menteri kewangan. Di tengah-tengah skandal 1MDB pada 2015 pula, beliau menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Beliau bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam. – Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram