Bersatu Melaka sokong sesiapa saja yang dilantik ketua menteri



Selepas kerajaan Melaka tumbang minggu lalu, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata Bersatu negeri akan menyokong sesiapa sahaja yang dilantik sebagai ketua menteri baru Isnin ini.

Mohd Rafiq berkata pentadbiran kerajaan negeri yang baru akan lebih teratur dan lancar selepas urusan pelantikan ketua menteri dan barisan exco selesai, serta berharap pentadbiran negeri yang akan datang diyakini oleh rakyat Melaka.


Loading...

“Rakyat mahu kemelut politik yang berlaku di negara dan negeri Melaka dihentikan segera dan tidak berpanjangan.

“Tumpuan kerajaan harus diberikan kepada isu-isu berkaitan pembangunan ekonomi rakyat, penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani krisis air yang menjejaskan kehidupan rakyat dan sektor pendustrian dan pelaburan, kesihatan rakyat termasuk langkah pencegahan penularan koronavirus, kebajikan dan pendidikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Loading...

Kerajaan Melaka tumbang minggu lalu apabila Bersatu dan dua Adun menarik diri daripada gabungan itu.

Dua Adun berkenaan adalah Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis dan Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.


Loading...

Bersatu sepatutnya bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan negeri yang diterajui PN, dengan sokongan daripada Jailani dan Norhizam.

Bagaimanapun, pada 5 Mac, Pengerusi BN Melaka, Abd Rauf Yusoh mengisytiharkan Bersatu tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri yang baru, kerana tidak hadir mesyuarat untuk membincangkan kerjasama antara mereka.


Loading...

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari memaklumkan jawatannya selaku ketua menteri telah ditamatkan pada 2 Mac selepas pertemuannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob. – Mkini

ARTIKEL MELAKA:

Join our Telegram Channel
Telegram