Bicara ditangguh, Zahid diperlukan untuk bentuk kabinet



KUALA LUMPUR: Perbicaan kes pecah amanah dan rasuah Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehari kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan oleh peguam Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Loading...

“Kehadirannya diperlukan dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan Kabinet,” kata Hisyam.

Sementara itu, Raja Rozela berkata pendakwaan mempunyai 5 saksi untuk perbicaraan hari ini, namun akan menyerahkannya kepada mahkamah.

Loading...

Sequerah berkata perbicaraan yang bermula pada 18 Nov itu akan bersambung esok. Pihak pendakwaan memanggil 39 saksi setakat ini.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, semalam.

Loading...

Zahid adalah presiden Umno dan ahli Parlimen Bagan Datuk. Beliau berdepan 47 tuduhan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akal Budi, pengubahan wang haram serta menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika beliau bergelar menteri Dalam Negeri. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin sah angkat sumpah sebagai PM ke-8


Join our Telegram Channel
Telegram