Covid-19: Lagi karkun meninggal korban ke-4 Malaysia



Malaysia mencatatkan kes kematian keempat akibat jangkitan Covid-19.

Selain itu, perkembangan terbaru juga menyaksikan jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 37, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa keempat ialah pesakit kes-238 yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun.


Loading...

Pesakit itu, yang dimasukkan wad di Melaka pada 12 Mac lalu, merupakan antara yang mempunyai kaitan dengan kelompok perhimpunan tabligh, .

Sementara itu terdapat 153 kes jangkitan baru di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 1,183.

Sebanyak 90 kes setakat ini mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lalu.


Loading...

Pada 20 Mac lalu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri menggesa baki 4,000 peserta perhimpunan tabligh masjid Seri Petaling tampil menjalani ujian Covid-19.

Ismail berkata polis telah mengenal pasti individu-individu yang telah menghadiri perhimpunan itu pada 28 Februari lalu.

Perhimpunan tabligh yang diadakan di ibu kota itu dikatakan dihadiri 16,000 peserta, dengan 14,500 daripada jumlah itu merupakan warga tempatan. – Mkini




Please subscribe







Join our Telegram Channel
Telegram