COVID-19: Tom Hanks positif, Cristiano dikuarantin



Pelakon Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson disahkan positif Covid-19.

Hanks, 63, berkata, beliau dan isterinya demam ketika berada di Australia ketika menjalani penggambaran filem kisah hidup Elvis Presley.

“Kami menjalani ujian dan kemudian disahkan positif (Covid-19),” katanya menerusi Instagram.



Hanks adalah bintang Hollywood pertama yang mengumumkan secara terbuka dijangkiti Covid-19.



Beliau dan isterinya itu kini menjalani pengasingan dan pemantauan kesihatan.

“Kami akan memberitahu sebarang perkembangan,” katanya dengan menyertakan gambar sarung tangan pembedahan di dalam tong sampah biobahaya.

Berdasarkan laporan Deadline Hollywood, filem kisah hidup Elvis itu diarahkan oleh Baz Luhrmann.

Hanks melakonkan watak pengurus Elvis, Colonel Tom Parker.


Loading...

Sementara itu, bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo juga dilaporkan harus menjalani kuarantin di rumahnya di Madeira selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus di dadapati positif Covid-19.

Ronaldo juga dikatakan turut berkongsi bilik persalinan dengan pemain itu sebelum ini.

Terdahulu, pemain pertahanan kelab itu, Daniele Rugani, dilaporkan positif Covid-19 selepas terlibat dalam perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.


Loading...

Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan ini akan diletakkan dalam tempoh kuarantin sehinggalah disahkan negatif virus berkenaan.

Terdahulu, pihak penganjur memutuskan untuk meneruskan saingan Serie A itali di stadium, tanpa penonton dalam usaha mengawal penularan pandemik itu.

Turut melaksanakan langkah sama ialah pihak penganjur saingan Bundesliga di Jerman.
Perlawanan EPL juga terkesan akibat Covid-19 selepas pertemuan antara Manchester City dan Arsenal pada Rabu ditunda. – HMetro/AstroAwani



Join our Telegram Channel
Telegram