DAP perlu teliti semula kesilapan 'jatuh cinta' dengan Dr M – Zaid



DAP tidak akan menerima sokongan kembali melainkan pemimpinnya sedar dan mengakui kesilapan mereka sebelum ini, kata Zaid Ibrahim.

Pengerusi DAP Kelantan itu berkata demikian merujuk "hubungan cinta" parti itu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Menegaskan beliau juga pernah berkempen untuk Mahathir pada pilihan raya umum lalu, Zahid berkata beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan PH berjaya menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

"Saya fikir para pemimpin saya mempunyai kelebihan yang cukup apabila memegang kuasa,” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Loading...

Zaid berkata PH tidak sepatutnya hanya menyalahkan 'pengkhianat' susulan kejatuhan kerajaan persekutuan.

Beliau juga mendakwa gabungan itu tidak cukup kuat untuk menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir seperti yang dipersetujui sebelum pilihan raya.

Loading...

“Kurangkanlah menyalahkan pengkhianat kerana tidak mengendahkan mandat rakyat.

"Bagaimana tentang apa yang yang telah kita lakukan sedaya-upaya  untuk mempertahankan kedudukan Anwar atau menggesa (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) dan memansuhkan Akta Hasutan?

"Bukankah ini juga mandat rakyat?" soalnya.

Loading...

Mahathir sebelum ini menyalahkan wakil rakyat PH kerana membenarkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan baru dengan Perikatan Nasional sewaktu berlakunya kemelut politik di negara yang berlarutan selama seminggu.

Bekas perdana menteri itu berkata sekiranya ahli parlimen PH menyokongnya dan bukannya Anwar sebagai calon perdana menteri, beliau akan mempunyai jumlah kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Loading...

Anwar menjelaskan bahawa Mahathir enggan menghadiri mesyuarat PH dan cadangannya membentuk kerajaan perpaduan bertentangan dengan prinsip gabungan itu, maka ahli parlimen memutuskan untuk menamakannya sebagai calon perdana menteri mereka.

Bagaimanapun, apabila Muhyiddin hampir meraih kejayaan, PH sekali lagi menyuarakan sokongannya terhadap Mahathir tetapi mereka gagal menghentikan hasrat presiden Bersatu itu daripada menjadi perdana menteri kelapan pada 1 Mac.

Loading...

Mahathir mendakwa beliau mempunyai bilangan yang cukup menyokongnya tetapi memberitahu malangnya tidak dapat mengemukakannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada masa sama, Muhyiddin menangguhkan persidangan Dewan Rakyat, yang dijadualkan bermula semalam, ke 18 Mei, sekali gus menghancurkan rancangan PH untuk membuat undi tidak percaya terhadapnya sebagai perdana menteri. – Mkini

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram