Harga RON95 turun RM1.44 sahaja



KUALA LUMPUR – Harga runcit minyak bagi RON97, RON95 dan diesel lebih murah bagi tempoh 21 Mac hingga 27 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 36 sen seliter kepada RM1.74 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 38 sen seliter kepada RM1.44 seliter dan diesel turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.75 seliter.

Loading...

Penurunan harga runcit produk petroleum ini disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutama perusahaan kecil dan sederhana dan golongan B40. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng turun, harga minyak terus turun – Najib


Join our Telegram Channel
Telegram