Pemimpin MCA guna bahasa Cina, tak tipu bukan PH – Najib



Saya perhatikan ada beberapa pemimpin Melayu PH yang cuba menipu Rakyat bahawa pemimpin MCA yang baru-baru ini dilantik menteri hanya membuat hantaran dalam Bahasa Cina dan mengabaikan Bahasa Melayu.

Tuduhan ini tidak adil. Kalau nak tuduh pun, biar jujur.

Loading...

Amalan kebanyakan pemimpin MCA ialah untuk menggunakan dua page FB berlainan - satu untuk Bahasa Melayu/English dan satu untuk Bahasa Cina.

Biarpun kadang-kala ada perbezaan waktu semasa membuat posting, kebanyakkan posting mereka dibuat dalam kedua-dua bahasa, Melayu dan Cina dalam page masing-masing.

Loading...

Nasihat saya kepada MCA ialah untuk mengutamakan hantaran versi Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum memuat naik versi Cina.

Teguran saya kepada PH pula ialah jangan memainkan sentimen rasisme dengan cubaan menipu korang.

Namun tak tipu, bukan PH. – Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN: Guna bahasa Cina, Timbalan Menteri dikecam


Join our Telegram Channel
Telegram