Pembelian panik melanda bandar-bandar utama



Bandar dan pekan utama di Lembah Klang dilanda pembelian panik apabila orang ramai berpusu-pusu untuk membeli barang keperluan ekoran spekulasi pihak berkuasa akan mengenakan sekatan keluar masuk bagi mengawal penularan virus Covid-19.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada rakyat Malaysia agar tidak melakukan "pembelian panik" kerana barangan keperluan harian adalah mencukupi.


Loading...

"Jangan risau. Ada makanan yang cukup.

"Kita telah arahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan bekalan makanan penting perlu ada. Jadi tidak perlu (untuk panik), kita percaya akan ada jumlah (makanan) yang cukup, "katanya. – FMT/Mkini


Loading...











Join our Telegram Channel
Telegram