PKP: Itu gambar lama la Ronnie



Adun Pandamaran Ronnie Liu hari ini dilihat memuat naik foto ahli parlimen Barisan Nasional di facebook miliknya, menyindir kononnya mereka tidak mematuhi amalan penjarakan sosial di antara mereka.

Beliau mempersoalkan mengapa semua ahli parlimen terebut tidak memakai topeng muka seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

“#Covid-19
Ini macam ke?
Mana topeng?
Apa?
Tak ada stok?
Tak perlu pakai?
Ish ish....” – Ronnie Liu


Loading...

Walau bagaimanapun, gambar yang dikongsikan oleh Ronnie yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu adalah merupakan gambar lama yang telah dimuat naik oleh Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan pada 10 Disember 2018 yang lalu.

Ia merupakan sidang media Ahli Parlimen BN yang keluar dari Dewan Rakyat sebagai bantahan terhadap tindakan Timbalan Speaker (Nga Kor Ming) yang menghalau Kinabatangan dan Pasir Salak yang mendesak Jelutong (RSN Rayer) menarik balik kenyataan terhadap Cameron Highland (BN).

Di ruangan komen pada hantaran Ronnie tersebut, ada yang telah membetulkan kesilapanya dengan menyatakan ianya adalah gambar lama, tetapi Ronnie telah menafikan dan berkeras dengan mendakwa ianya adalah gambar Menteri dan Timbalan Menteri (PN).


Loading...

Gambar itu bagaimanpun telah dipadam oleh Ronnie mungkin setelah menyedari bahawa beliau telah melakukan kesalahan.

Sebelum ini Ronnie Liu terkenal dengan pendiriannya menganggap Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) adalah seorang pejuang kemerdekaan.

Pegangannya itu ditulis di dalam laman web DAP, www.dapmalaysia.org pada 1 September 2005 dan mendapat kecaman orang ramai selain menyinggung ramai ahli keluarga yang terkorban dibunuh oleh komunis. – KorekKorek/Cinca




Join our Telegram Channel
Telegram