Syed Saddiq akan dipecat PPBM?



Berkenaan dengan Syed Saddiq, jawatannya akan dikosongkan. Memang betul perlu ada pemilihan namun sesiapa boleh memangku tugas atas arahan presiden.

Sebelum pemilihan, semua jawatan adalah lantikan Presiden. Jadi macam saudara Muzzamil ni saya nampak dia ada potensi besar dan dia boleh memikul tanggungjawab sampai ke akar umbi.

Loading...

Saya akan mencadangkan kepada Presiden untuk dia memangku tugas-tugas Ketua Armada sekiranya Syed Saddiq ini didapati melanggar disiplin parti.

Dan itu jelas, kita perlu bergerak dengan cepat. Kita tidak boleh tunggu-tungu. Jadi, sekiranya Muzzamil mahu menggalas memangku tugas-tugas Ketua Armada sebelum dipilih, silakan.

Loading...

Kita bukan melantik dia sebagai Ketua Armada yang baharu. Kita cuma memberinya tugas untuk memangku tugas-tugas Ketua Armada sahaja.

Kita tidak boleh melantik sebelum ada pemilihan. Itu sahaja, terima kasih. – Cinca

Loading...


Please subscribe
Loading...

Join our Telegram Channel
Telegram