Tak pasti KXP diteruskan atau tidak – Mukhriz



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang pelaksanaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) akan tergendala berikutan pertukaran Kerajaan Pusat.

Katanya, beliau masih tertanya-tanya sama ada Kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu atau sebaliknya.


Loading...

“Saya tak tahu nak kata apa mengenai projek KXP. Sebelum ini sudah dekat nak dapat duit daripada Kerajaan Pusat untuk pengambilan tanah dan sebagainya,” katanya berucap pada siri jelajah Pertahankan Mandat Rakyat di Alor Setar, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub.


Loading...

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui banyak masalah boleh berlaku sekiranya kerajaan Pusat melengahkan projek terbabit.

Pada Mac tahun lalu, Kerajaan Pusat meluluskan tujuh projek dan program berimpak tinggi di Kedah bernilai lebih RM3.6 bilion, termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Loading...

Sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan menegaskan kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dianggar bernilai RM1.6 bilion, akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan tidak memiliki wang untuk membangunkan KXP walaupun ia amat diperlukan selaku pemangkin pembangunan di koridor utara. – BHarian/Cinca?


Loading...

ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dibiayai swasta sepenuhnya



Join our Telegram Channel
Telegram