TH: Hibah kedua terendah dalam sejarah bukti kejayaan PH? – Najib



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusoff gembira dan bangga melihat penstrukturan semula dan pemulihan Lembaga Tabung Haji (TH) berada di landasan yang tepat.

Jelasnya, agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus dengan jumlah agihan sebanyak RM2.1 bilion itu membuktikan kejayaan yang telah dilakar hasil usaha TH sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tambahnya, misi kerajaan PH adalah untuk menyelamatkan institusi-institusi besar seperti TH, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan Felda daripada penyelewangan.


Loading...

Dalam kes TH katanya, terdapat dua aspek utama yang perlu dipelihara iaitu pendeposit seramai sembilan juta orang dan nilai deposit sebanyak hampir RM70 bilion.

“Kami berjaya meyakini pendeposit bahawa langkah pemulihan adalah untuk TH terus mampan dan meneruskan tujuan murni ia diasakan. Alhamdulillah tiada panik dan nilai deposit kekal kukuh.

Semalam, TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus hasil prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik.


Loading...

TH berjaya menjana pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3 bilion yang mana hampir separuh daripadanya (RM1.2 bilion) diperolehi dalam suku keempat.

Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir Mujahid yang dilihat berbangga-bangga dengan pemberian hibah itu.

Menurutnya, hibah yang diumumkan itu adalah kedua paling rendah di dalam sejarah Malaysia serta membandingkan hibah yang diberi ketika kerajaan Barisan Nasional mentadbir jauh lebih baik dan lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Kejayaan PH?

“Kekanda, jika Hibah paling rendah dalam sejarah (1.25%) dan Hibah kedua paling rendah dalam sejarah (3.05%) digelar kekanda sebagai “bukti kejayaan PH”...

“Maka Hibah TH dalam tempoh 9 tahun lalu masa saya PM (warna biru) yang jauh lebih tinggi itu patut digelar apa pulak?

“Kanda... oh.. kanda.” – komen Najib.

Sebelum ini, Mujahid teruk dihentam oleh rakyat Malaysia kerana selain pemberian hibah Tabung Haji yang rendah, aset-aset, ladang dan hotel-hotel yang menguntungkan milik Tabung Haji telah dijual secara pukal tanpa sebab-sebab yang munasabah. – MalaysiaGazette/Cinca?

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram