Tiada apa di rumah untuk beri makan pada anak saya



Tidak semua orang bernasib baik ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan yang kini disambung sehingga 14 April.

Facebook Polis Johor menceritakan, dua pegawai polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor telah memberi bantuan bekalan makanan kepada pasangan suami isteri bersama seorang anak kecil ketika rondaan OP Covid-19 di Taman Tampoi Indah.

Dua pegawai polis itu memberi bantuan selepas si isteri menangis dan memaklumkan mereka tiada wang serta bekalan makanan ketika diminta pulang ke rumah sepanjang tempoh PKP dijalankan.


Loading...

Lebih menyentuh hati dua pegawai polis berkenaan apabila mengetahui anak tersebut hanya diberi Milo bercampur gula ekoran kesempitan hidup.

“Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan PKP dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah, si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.

“Pegawai polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu kepada anaknya yang berumur satu tahun empat bulan yang dikatakan hanya diberi minum Milo bercampur gula,” tulis Facebook berkenaan yang mendapat kira-kira 6,900 komen dan 11,000 perkongsian.


Loading...

Menurut Facebook Polis Johor itu lagi, pasangan berkenaan menyewa bilik di Taman Tampoi Indah. Pasangan tersebut sebelum ini mempunyai kerja namun suaminya telah diberhentikan kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja dan isteri yang merupakan tukang cuci di kawasan Larkini kini dicutikan.

Beberapa keping gambar turut dikongsi di Facebook tersebut yang menunjukkan pegawai polis bernama Mohd Hisham Mustafa dan Mudrikah Nazirul Nordin membeli barangan keperluan asas seperti beras, telur, susu bayi dan minyak masak kepada pasangan terbabit.

“Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan,” tulis Facebook itu lagi. – Mkini



Loading...




Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram