Aliff Syukri menipu lagi, acah-acah letak dalam cawan padahal ada getah



Belum reda lagi kontroversi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menipu pembeli dengan menjual topeng muka bocor air, kini timbul pula isu lain apabila Aliff sekali lagi didakwa menipu semasa membuat promosi produk kurus di Instagram live.

Menerusi rakaman yang menjadi tular di laman Twitter, dia didakwa tidak meletakkan bahan minuman tersebut di dalam cawannya kerana sachet tersebut masih diikat dengan getah.

"Datuk Aliff buat hal lagi. Acah-acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dengan getah. Cuba perhatikan," kata netizen yang memuat naik video tersebut di Twitter miliknya.


Loading...

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Aliff ingin menjual produk sendiri namun tidak berani menggunakannya.

"Pekerja dia tak rasa apa-apa ke lepas banyak kali duk hadap kebodohan datuk belut elektrik ini? Pelik betul aku tengok.

"Dia pun tak berani nak consume produk sendiri. Apa punya perangai owner macam ini," komen beberapa netizen.


Loading...

Tidak sudah-sudah Aliff Syukri menipu pembeli. Walaupun cuma mempromosi, janganlah menipu. Berlaku jujurlah dengan pembeli.

Sebelum ini tular rakaman video siaran langsung Aliff menunjukkan demonstrasi dengan mencurahkan air ke penutup hidung dan mulut yang dijualnya di Instagram.

Aliff berkata, topeng muka tersebut mampu menahan serapan air namun sebaliknya berlaku apabila air yang dicurah menitis tidak seperti diperkatakan. – Mstar/Cinca

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Syukri kantoi menipu jual face mask RM25 tak kalis air



Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram