Beebi Koya serang Dd Chronicle dakwa kurang cerdik, perkauman



Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Beebi Koya membidas video parodi YouTube yang mempersenda pelat presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya (Mehrom) berbahasa Melayu.

Zafar Ahmad Abdul Ghani dalam video yang tular baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai isu pelarian Rohingya, dan pengguna YouTube berkenaan menjadikan kelemahan Zafar yang tidak fasih bahasa Melayu sebagai bahan jenaka.

Video Susahnya Jadi Speech Instructor Untuk Warga Asing yang dimuat naik dua hari lalu sehingga kini ditonton lebih 3,000 pengguna dan disukai lebih 17,000 pengguna.

“Bagaimana video ini dianggap kelakar atau komedi, dengan mempersenda seorang pelarian berbahasa Melayu?


Loading...

“Nampak kurang cerdik dan perkauman. Ayuh rakyat Malaysia, anda lebih baik dari ini,” catat Latheefa di Twitter.

Minggu lalu tular video Zafar yang dikatakan menghina rakyat Malaysia dan membuat beberapa tuntutan hak sama rata untuk warganya di Malaysia sehingga dikecam ramai.

Menerima ugutan bunuh, Zafar kemudian menyah aktif akaun media sosial dan menafikan kenyataan itu serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia jika ada tersalah cakap.

Bimbang sentimen negatif, gabungan 17 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelarian Rohingya turut meminta maaf dan tidak mengiktiraf Zafar sebagai wakil mereka.


Loading...

Sebelum ini Beebi Koya pernah mendedahkan sembilan rakaman audio daripada perbualan telefon Najib Razak yang dirakam secara curi.

Tindakan Beebi itu sekaligus telah menghina bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana terdapat perbualan suami isteri yang sepatutnya menjadi rahsia rumah tangga didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tindakan Beebi selain itu juga telah menghina mahkamah kerana menanggu prosiding yang sedang berjalan.

Apa komen jabatan netizen dengan serangan yang dilakukan oleh bekas ketua SPRM kepada Dd Chronicle? – Projekmm/Cinca




Join our Telegram Channel
Telegram