Beg rider mula diperiksa selepas tular video jual rokok seludup, ketum



Pastinya ramai yang buat pesanan secara dalam talian untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut anda yang lapar. Jika masa penghantaran mengambil masa yang lama sedikit dari biasa, anda perlu bersabar.

Difahamkan kini, pihak berkuasa akan periksa rider foodpanda atau grabfood berikutan tindakan rider yang tidak bertanggungjawab menyimpan rokok seludup dan juga air ketum dalam kotak pengantaran mereka ketika sekatan jalan raya.

Berikutan tular sebuah video rider tayang rokok seludup dalam kotak penghantaran di Facebook, pastinya hal tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa.


Loading...

Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen kecam tindakan rider tersebut. Malah, tindakan itu sedikit sebanyak menjejaskan kerja rider lain yang kena kejar pesanan untuk membuat penghantaran.

Jika sebelum ini rider penghantaran makanan tiada masalah untuk lepas sekatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, kini kesemua rider akan mengalami kelewatan berikutan pemeriksaan yang akan dijalankan.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Sementara itu, anda mungkin boleh bercucuk tanam di rumah ketika PKP dilaksanakan dan mungkin akan mendapat hasil untuk dinikmati. – Vocket

ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe



Loading...





Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram