Cleopatra nafi gambar intim dengan Syed Saddiq



KUALA LUMPUR, 31 Mac — Susulan tersebar gambar mirip Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama seorang wanita, Cleopatra hari ini menafikan pembabitan dirinya.

Cleopatra, nama popular Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, berkata ramai mengajukan soalan serupa membuatkannya tampil memberikan kenyataan.

“Dalam dunia politik, gosip dan fitnah berpisah tiada. Gambar wanita tersebut adalah bukan saya. Berhenti ajukan soalan ini kepada saya.


Loading...

“Saya penat dengan pelbagai isu setiap hari. Harap maklum,” coretnya di Instagram hari ini.

Tular beberapa foto mirip bekas menteri belia dan sukan tidak berbaju di media sosial hari ini.

Foto menunjukkan seorang lelaki sedang tertidur di sebelah wanita yang tidak ditunjukkan gambar penuh wajahnya.

Wujud dakwaan di media sosial mengatakan gambar berkenaan berkait dengan kehilangan wang ratusan ribu ringgit milik wakil rakyat Muar dan ibu bapanya. – Projekmm

ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram