
Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) petang ini.
1. Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin menafikan dakwaan pihaknya pernah menjalankan kaji selidik dalam talian yang bertajuk “Jom Bantu Dr Radzi Jidin Membuat Keputusan” bagi tujuan penyambungan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Loading...
2. Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka menafikan dakwaan bahawa kerajaan melaksanakan ‘lockdown’ atau sekatan pergerakan keluar masuk di daerah Jasin ekoran penutupan jalan walhal jalan yang ditutup adalah jalan tikus yang digunakan untuk melepasi sekatan jalan raya.
– Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Putrajaya, Rembau dan Jasin disenarai zon merah Covid-19

Join our Telegram Channel