Covid-19: New York catat kematian tertinggi, hampir separuh dari jumlah seluruh Amerika



NEW YORK: New York, bandar yang paling teruk terjejas di Amerika Syarikat (AS) akibat Covid-19 mempunyai kes paling tinggi dengan 195,031 kes.

Manakala jumlah korban di New York pula mencatatkan sebanyak 10,056 kes, hampir separuh dari keseluruhan korban di Amerika, 23,485 kes.

Gabenor Andrew Cuomo berkata angka korban untuk enam hari berturut-turut pada minggu lalu melebihi 700 mangsa sehari.


Loading...

Pada Sabtu, terdapat 758 mangsa lagi yang maut, manakala mereka yang masih dirawat di hospital adalah sebanyak 18,707.

Cuomo dan Datuk Bandar New York, Bill De Blasio tidak mencapai kata sepakat dalam penutupan sekolah di negeri terbesar negara itu.

De Blasio mengumumkan sekolah awam yang mempunyai 1.1 juta pelajar akan ditutup sepanjang tahun akedemik untuk mengekang penyebaran virus.

Cuomo mempersoalkan keputusan De Blasio dalam perkara itu, namun Datuk Bandar itu berkata ia adalah keputusan yang betul untuk dilakukan.


Loading...

Dua jam kemudian, Cuomo mengulangi pendiriannya bahawa penutupan sekolah akan dilakukan secara koordinasi melalui daerah di seluruh bandar.

Katanya, penutupan sekolah untuk tahun ini adalah keputusan yang pramatang dan tiada siapa yang boleh membuat keputusan tepat sekarang.

Dalam pada itu, Cuomo berkata, beliau akan menandatangani arahan kepada majikan untuk membekalkan perlatan perlindungan seperti penutup muka kepada pekerja mereka apabila berinteraksi dengan orang awam. – AstroAwani/Cinca



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram