Doktor pakar fitnah Menteri Kesihatan dikecam netizen



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipetik melalui akaun twitter rasminya telah mencadangakan rakyat Malaysia supaya melakukan aktiviti fizikal atau bersenam bagi memastikan kesihatan tubuh badan dalam tahap terbaik.

Dengan berkongsikan satu gambar seorang lelaki sedang dalam keadaan baring mengangkat sofa, KKM menyatakan ia adalah satu contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan di rumah.

Hantaran itu mendapat reaksi kurang senang dari netizen kerana jelas ia adalah satu aksi yang berbahaya bagi sesiapapun untuk melakukannya.


Loading...

“Admin KKM ni pun bangang. Ada ke suruh orang bersenam angkat sofa dengan letak contoh gambar macam tu (rujuk gambar). Bahaya giler tu!

“Tak heran pun lah admin KKM ni...

“Diorang juga yang dulu panggil netizen yang risau tentang Covid sebagai palatau dan juga kaitkan Covid dengan Zombie sampai jadi bahan lawak dunia.

“Sekarang admin KKM tu buat lawak bodoh suruh excercise angkat sofa dengan cara bahaya.” komen Nabeel Naqie.


Loading...

Hantaran KKM itu telah dipetik oleh portal berita Malaymail dan mula mendapat perhatian rakyat Malaysia termasuk seorang doktor pakar dari Seremban, Yang Yin Ha.

Namun agak malang bagi Yang Yin Ha, sindirian beliau terhadap cadangan KKM itu sebaliknya mendapat kecaman netizen apabila beliau telah menyunting keratan laporan berita Malaymail dengan meletakkan gambar muka Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba yang mana sudah pastinya ia adalah satu fitnah dan fake news terhadap menteri.

Netizen menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan ke atas Yin kerana telah dengan sengaja mereka hantaran palsu bagi memfitnah Dr Adham Baba.

Hantaran Yin kini sudah mula dihujani oleh komen-komen netizen yang kurang senang dengan hantaran yang tidak beretika yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor pakar.

Setakat ini sebanyak 300 komen telah diberikan di hantaran Yin, dijangkakan akan meningkat ke 1,000 komen dalam waktu yang singkat sebentar lagi. – Cinca




Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram