
Kenyataan Media
Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
11/4/2020
Pada hari semalam (Jumaat, 10 April) saya telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi keterangan terhadap siasatan video yang telah dimuat-turun melalui akaun facebook.
Kini pihak berkuasa sedang membuat siasatan lanjut dan saya menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama seawajarnya. Pada masa yang sama, saya menggesa pihak media untuk berhenti membesarkan isu ini sehingga siasatan selesai.
Loading...
Kebajikan orang ramai terutamanya Warga Kuantan amat dekat di hati saya. Saya akan terus bekerja keras untuk memastikan bahawa perhatian yang sewajarnya diberikan kepada seluruh warga Malaysia.
Saya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia agar tabah dalam menangani wabak covid-19 dan menzahirkan penghargaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Fuziah Salleh akan dipanggil muat naik video cetus kegusaran awam – Ayob Khan
- SKMM rampas telefon, simkad Fuziah, rakam percakapan isu berita palsu
Join our Telegram Channel