Isu elaun petugas kesihatan akan ditangani



KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan melihat isu pembayaran elaun dalam kalangan petugas kesihatan yang terbabit dalam menangani Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu itu kini dalam penelitian KKM.


Loading...

“Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) sudah mengarahkan Ketua Setiausaha KKM.

“Sekarang sedang melihat kepada pembayaran petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi meningkatkan keupayaan KKM untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan bagi memerangi Covid-19. – HMetro

ARTIKEL BERKAITAN: Elaun Covid-19: Saya yakin KKM tak pinggir frontliner – Najib





Join our Telegram Channel
Telegram