Bosan dengan menu, jemaah tabligh lempar makanan ke lantai



Tidak berpuas hati kerana dihidangkan makanan bukan vegetarian, beberapa pesakit Covid-19 dalam kalangan ahli jemaah tabligh menimbulkan kekecohan baru-baru ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, petugas hospital yang mengendalikan makanan pesakit di wad berkenaan telah dihalau kumpulan 15 pesakit yang berang.

Mereka enggan makan menu yang dihidangkan dan memberi alasan makanan itu bukan vegetarian, kata pentadbir hospital itu, Dr Arati Dave Lalchandani.

Loading...

Vegetarian bermakna seseorang itu hanya makan sayur dan tidak menjamah daging, haiwan ternakan, ikan atau makanan laut.

Biasannya diet ahli tabligh adalah roti dan butter untuk sarapan dan bagi makan tengah hari dan malam pula dihidangkan nasi, dhal, roti, sayur dan buah-buahan.

“Pada Sabtu, petugas wad telah ke wad isolasi Covid-19 di aras tiga untuk mengagihkan makanan kepada ahli tabligh dan mereka menolak hidangan itu dan meminta makanan bukan vegetarian.

“Mereka meminta supaya menu diubah setiap hari kerana sudah bosan dengan makanan vegetarian,” katanya.

Loading...

Apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan, mereka telah melempar makanan yang kaya dengan protein itu ke lantai.

Malahan, mereka cuba mengancam petugas berkenaan dan mengejarnya tetapi dia sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, anggota polis akan mengiringi petugas hospital setiap kali agihan makanan dibuat bagi mengelak sebarang masalah.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hospital Kanpur Lala Lajpat Rai, India. Berbeza sekali dengan jemaah tabligh di Malaysia ya? – Mstar/Cinca



Join our Telegram Channel
Telegram