
PETALING JAYA: Putrajaya akan membatalkan kelulusan kontroversi yang diberikan kepada kilang arak Heineken untuk meneruskan operasi di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).
FMT difahamkan keputusan membenarkan kilang itu terus beroperasi “terlalu awal” kerana ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan surat itu tanpa kelulusan menterinya atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
FMT sudah menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, tetapi belum mendapat sebarang maklum balas.
Loading...
Difahamkan, beliau juga tidak menghadiri mesyuarat Kabinet pagi ini.
Surat bertarikh 31 Mac lalu kepada Heineken yang meluluskan “operasi terhad” itu ditandatangani Ketua Setiausaha KPDNHEP, Hasnol Zam Zam Ahmad, yang berkata kilang bir itu memenuhi kriteria pembekal makanan dan boleh terus beroperasi ketika PKP.
Hasnol Zam Zam Ahmad adalah merupakan KSU KPDNHEP yang baharu lantikan kerajaan PH pada 31 Januari yang lalu.
FMT juga mendapat tahu sekurang-kurangnya sebuah lagi kilang bir utama diberikan pengecualian sama.
Loading...
Heineken berkata, 10% daripada jumlah tenaga kerjanya ialah kakitangan penting dan akan terbabit dalam operasi ketika PKP.
“Kami mempunyai kewajipan untuk memastikan bekalan berterusan produk kami, mengekalkan pekerjaan rakyat dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara kita secara positif.”
Difahamkan, pengecualian untuk Heineken juga perlu mendapatkan kelulusan Miti yang diketuai Mohamed Azmin Ali, seorang daripada 4 menteri kanan Kabinet.
“Secara teknikal, Heineken di bawah kategori makanan dan minuman, tetapi disebabkan ia bukan sebahagian daripada perkhidmatan asas yang dikecualikan langkah pembendungan semasa, ia memerlukan kelulusan daripada Miti,” kata sumber.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dua kementerian terima KSU baharu – KSU lantikan PH
- Heineken: Ni benda apa sial 🤬, takde sensitiviti langsung pegawai atasan kerajaan ni – Sir Azri
Langkah mengecualikan Heineken itu dikritik PAS, salah satu sekutu kerajaan Perikatan Nasional.
“PAS menghormati hak bukan Islam untuk minum minuman keras sepertimana dasar yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, tetapi ia bukanlah keperluan semasa dalam menghadapi situasi kritikal Covid-19,” kata PAS.
Di bawah PKP yang diumumkan bulan lalu, semua pejabat dan perniagaan akan ditutup dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.
Tetapi, pengecualian diberikan kepada perkhidmatan asas, termasuk bekalan air dan elektrik, telekomunikasi, pengangkutan, perbankan dan bekalan makanan. – FMT/Cinca
Loading...


Join our Telegram Channel