
Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga.
Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.
Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan.
Loading...
Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.
Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.
Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer.
Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama.
Loading...
Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu.
Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta.
Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti.
Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah. – Ebit Lew
ARTIKEL BERKAITAN:
- Masuk kawasan tak minta izin, Ustaz Ebit Lew diserang orang Mukhriz
- Ustaz Abu Syafiq tuduh Ustaz Ebit Lew seleweng sumbangan beli kereta mewah
- Luahan Ustaz Ebit Lew selepas dikecam pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Asyafiq
- Dituduh seleweng derma beli kereta mewah, lelaki tampil dedah sumber pendapatan sebenar Ustaz Ebit Lew
- Ustaz Abu Syafiq mengkafirkan Ustaz Ebit Lew
- Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman, ada orang buat aduan
- Ustaz Ebit Lew tak salah, kami tidak rasa diaibkan pun – Anak Pak Aq
- Pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Syafiq jangan sombong angkuh – Anwar Ibrahim
- Akhirnya terdedah video parodi hina Ustaz Ebit dihasilkan oleh Pakatan Harapan
- Saya tak akan minta maaf pada Ebit Lew – Ustaz Abu Syafiq
- Empat ikon Islam tampil pertahan Ebit Lew kecam Ustaz Kacang
- Najib Razak titipkan kata-kata semangat buat Ebit Lew
Join our Telegram Channel