Melaka: Tiada bil air sepanjang PKP



SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada operasi pembacaan meter serta pengeluaran bil air oleh Syarikat Air Melaka (SAMB).

SAMB dalam kenyataannya memaklumkan dalam tempoh terbabit tiada operasi bacaan meter dilakukan oleh kakitangan seperti kebiasaan sebelum PKP.

“Operasi pembacaan meter serta pengeluaran bil air dilakukan bagi tempoh PKP iaitu bermula 18 Mac hingga 14 April 2020. Bagi yang belum menerima bil Mac, ia akan diterima sekali dengan bacaan meter April. Tiada denda tunggakan akan dikenakan bagi kelewatan membayar bil Mac.

“Kami berharap pengguna menggunakan air secara berhemah dan mengamalkan penjimatan air. Pastikan anda terus kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP bagi memutuskan rangkaian Covid-19,”katanya.

Loading...

Sementara itu, terdapat gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan paip utama bersaiz 150mm yang pecah atau bocor di Jalan Seri Cempaka 13, Taman Cempaka, Peringgit hari ini.

Kerja pembaikan mengambil masa dua jam yang dijangka pulih sepenuhnya petang ini dam kawasan yang dijangka terjejas membabitkan seluruh kawasan Taman Cempaka.

Sehubungan itu, pihak SAMB mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pengguna yang terbabit. – Hmetro


Join our Telegram Channel
Telegram