Najib nobatkan Maszlee paling popular sejak PH tumbang



Saya rasa ahli politik Malaysia yang paling popular sejak gagalkrasi PH tumbang ialah Maszlee Malik.

Tiap-tiap hari saya baca kenyataan Maszlee dipetik berulang kali di merata-rata laman media sosial.

'Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan'

Korang peratikan juga tak? – Najib Razak


Loading...

Sebelum ini Dr Maszlee Malik pernah menjawab cadangan dari Salamiah Md Nor, wakil sayap Pas secara sinis atau bahasa rakyatnya secara menganjing, sewaktu menjawat jawatan Menteri Pendidikan, "terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan".

Salamiah mendakwa sistem vernakular tidak menyumbang kepada perpaduan kaum dan menyifatkan Maszlee sebagai tidak melihat sistem pendidikan negara secara lebih jauh pada waktu itu.

Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.

Antara keburukan sekolah adalah akan mewujudkan jurang perkauman yang luas di antara kaum, rakyat tidak fasih berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menimbulkan syak wasangka antara kaum dan pelbagai lagi.


Loading...

Perkara ini disokong oleh Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong berkata.

Beliau berkata sistem sekolah vernakular yang diamalkan sejak dahulu lagi menghalang pembentukan identiti nasional yang perlu didokong oleh anak bangsa.

"Tidak ada mana-mana negara di seluruh dunia termasuk negara jiran kita yang paling hampir, Singapura pun tetap mengangkat sistem pendidikan satu aliran walaupun mereka juga berbilang bangsa." katanya.

Kata-kata Maszlee itu kini menjadi trending kerana digunakan oleh rakyat dalam menjawab provokasi yang dilontarkan oleh pembangkang yang kufur nikmat. – AstroAwani/Sinar/Cinca


ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan – Maszlee Malik



Join our Telegram Channel
Telegram