
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau salah sebut ketika mengatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terdiri daripada 500 negara.
"Saya salah sebut 500 negara - yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh dunia," katanya seperti dipetik oleh The Star.
Adham sebelum ini membuat kenyataan "500 negara" semasa panggilan video untuk memberi taklimat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi Covid-19, yang dimuat naik di Facebook.
Loading...
Ahli Parlimen Tenggara itu memberitahu Zahid bahawa beliau terlibat dalam satu persidangan video langsung dengan WHO yang menurutnya terdiri daripada "500 negara".
“MasyaAllah....lihatlah kebesaran jiwa yang dipamerkan Menteri Kesihatan. Kalau pemimpin PH jangan harap nak mengaku silap. Hatta ada video tengah main timang-timang dengan Amoi tu sampai ke sudah tak mengaku salah. 🤣 Siap kata pelakon porno seiras dari Thailand. 😝” – Nablee Naqie
“Alhamdulillah...Dr Adham sgt merendah diri... Mengakui kesilapan lebih mulia dari menyalahkn org 24 jam” – Jasmine Ibrahim
Loading...
“HEBAT.... Berjiwa besar... TAHNIAH Dr Idham Baba. Tidak berpakaian angkuh dan tidak berselimut dengan kesombongan.” – Shaiful Afandi
“Terbaik mengaku kesilapan... Hanya puak DAP, PKR & PAN je yg x pernah mengaku kesilapan” – Khaleef Arfan
“Alhamdulillah..terlerai sudah..tk ramai orang yg sanggup mengaku kesilapan...ciri2 yg terdapat pada seseorang yg merendah diri..” – Zahir Khashimi
“Menegur sifat yang mulia dan yang mengaku kesilapan mempunyai jiwa yang kuat dan besar.” – Amin Al Amin
“Antara ciri2 org yg bijak adalah org yg sntiasa mrendah diri dan mengaku silap dan kekurangan diri....” – Nurmah Fuza Abd Fandi
Untuk rekod, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hanya mempunyai 193 negara anggota.
Adham, dalam laporan hari ini, menjelaskan bahawa hanya terdapat 50 negara yang terlibat dalam persidangan video langsung itu. – Mkini/Cinca


Join our Telegram Channel