Lihat perbezaan apabila PN dan PH dikritik netizen



Bagaimana ahli politik berdepan kritikan netizen?

Ahli politik seharusnya memahami tingkah netizen (baca: rakyat). Siapa pun yang memerintah, baik zaman BN, kemudian PH dan kini PN, akan dihujani kritikan dan sindiran netizen, khususnya yang bukan penyokong parti atau bipartisan.

Sama ada lontaran netizen itu berasas, beradab atau relevan, itu adalah bab yang berlainan.

Di sini kita melihat dan buat perbandingan bagaimana ahli politik berdepan dengannya.


Loading...

Ketika ahli politik PN dikritik netizen

1. Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, mengakui kesilapannya menyebut '500 negara', yang sepatutnya '500 wakil negara'.

2. Dalam isu PKP-pertemuan Menteri Besar Terengganu, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said merayu agar anak buahnya yang menjadi sukarelawan tidak ditahan, sebaliknya beliau rela dipenjara. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.

3. Exco Perak, Razman Zakaria memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas dikritik berhubung jamuan bersama Timbalan Menteri Kesihatan. Menurutnya, permohonan maaf dan penjelasannya (di FB) bukan untuk dikecualikan daripada tindakan undang-undang.

Demikian sikap mereka (setakat hari ini) berdepan kritikan. Soal langgar PKP-tindakan undang-undang, itu bicara bab yang berlainan.

Lihat pula beberapa contoh bagaimana PH pada zamannya menjadi kerajaan berhadapan dengan kritikan netizen.


Loading...

Ketika ahli politik PH dikritik netizen

4. Pada 8 Oktober 2018, bekas Menteri Agama, Mujahid Yusof dalam ucapan perasmian persidangan meja bulat anjuran Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) berkata:

"..Please. Cakap orang di media sosial ini saya tak hairan, it is not our level to discuss... (ia bukan tahap kita untuk bincangkannnya)."


Please subscribe


5. Pada 27 Januari 2020, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyindir warga maya dalam kes koronavirus. Netizen mengkritik tindakan kerajaan PH yang terlalu longgar, khususnya bab kemasukan pelancong asing:

"... Tapi kepakaran walaun dan netizen jauh mengatasi. Mereka di kedudukan 0"


6. Pada 3 Oktober 2019, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menghamun netizen dengan perkataan 'bodoh' (sebanyak 18 kali) dalam satu tulisan berhubung isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT):

"..menolak fakta yang hakiki dan memutar belit keadaan dengan harapan orang lain menjadi bodoh seperti anda (sama ada bodoh nombor 1, 2 atau 3) adalah satu kebodohan."

Rujuk artikel di sini.

7. Pada 26 Januari 2020, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan menyindir netizen sebagai 'pakar dalam semua bidang' berhubung kes koronavirus. Rujuk artikel di sini.

Sumber: KorekKorek




Join our Telegram Channel
Telegram