Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rata-rata rakyat Malaysia terpaksa memilih untuk membeli barang secara atas talian.
Disebabkan itu, syarikat penghantaran tidak menang tangan untuk mengurus dan menghantar barangan yang dipesan.
Loading...
Terkini, Pos Laju Malaysia tampil menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat atau kepada mereka yang ingin menambah pendapatan sebagai ‘pos rider’ atau ejen sepenuh masa untuk serahan item Pos Laju di seluruh negara.
Bukan itu sahaja, pulangan yang ditawarkan juga agak lumayan. Pos Malaysia menawarkan komisyen sehingga RM6,000!
Bagi anda yang ingin memohon pekerjaan ini, anda haruslah warganegara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas dan juga perlu mempunyai van (komersial) berpanel penuh atas nama sendiri ataupun syarikat anda.
Loading...
Selain itu, pemohon juga perlu memiliki lesen memandu penuh GDL dan telefon pintar. Walau bagaimanapun, peluang ini terbuka kepada mereka yang berada di kawasan-kawasan seperti yang disenaraikan dalam iklan.
Apa tunggu lagi. Cepat hantar permohonan menerusi pautan ini https://bit.ly/32We8j8.
![]() |
Daftar sekarang di https://bit.ly/32We8j8 |
Join our Telegram Channel