Pusat kuarantin Covid-19 Sabah kelas A, berkerak berlumut



Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Frankie Poon mengakui kemudahan asas dan tahap kebersihan di beberapa pusat kuarantin di negeri itu tidak mencapai piawai.

Beliau berkata demikian selepas tular klip video yang memaparkan keadaan dan tahap kebersihan yang menjadi keluhan pihak yang dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari di pusat kuarantin.

Dalam salah satu klip video, seorang pelajar merakam keadaan tandas yang kotor di Pusat Pendidikan Daerah Penampang.

Poon, yang sudah menonton klip video itu berkata keadaan pusat kuarantin itu tidak boleh diterima.

Katanya kemudahan itu tidak sesuai, terutamanya kemudahan tandas dan pihaknya sedang membaiki dan membersihkan beberapa pusat kuarantin.


Loading...

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut berkongsikan video terebut di halaman facebook miliknya.

Netizen yang melihat video klip itu rata-rata menyatakan ketidakpuasan hati dengan kerjaan Negeri Sabah yang tidak serius menangani penularan wabak Covid-19.

Netizen Sabah khususnya menyelar Ketua Menteri mereka sendiri, Datuk Seri Shafie Apdal kerana selepas mengumumkan RM670 juta peruntukan untuk menangani wabak Covid-19, pusat kuarantin yang disediakan seperti tempat penagih dadah melepaskan gian di mana jelas kelihatan berkerak dan berlumut yang sudah pasti menjadi tempat virus dan kuman bersarang.

“Ni bukan kuarantin.. Ni rumah kongsi.. Tapi sape x kenal sabah ni, rumah spec kos rendah pon bleh capai 300k ke 400k.. Pihak PBT depa ni patut kene sungkit ngan SPRM.. Macam mana bleh luluskan spec rumah rendah dgn harga yg mahal.. Sebab tu kualiti hidup di Sabah ni rendah.. Tapi alih2 depa salahkan org semenanjung. Yg tibai duit / kapitalis tu cina sana.. Mmg kene check depa ni..” – Dzul Yusep


Loading...

“inilah hasil warisan kerjasama dengan PH dulu... sebab covid 19 melanda, PN ambil masa sedikit untuk pulihkan..” – Husni Said

“Inilah hakikatnya..uncle shafie tolong gerak sekarang..sebelum netizen bantai...krisis ni bukan sahaja mengancam nyawa..malah mental jiwa juga sangat2 sensitif..tak guna ada "askar" pangkat dato tu,bukan main lagi nak "perang" dekat lapangan terbang tempohari....mana suara kamu!kalau tak boleh buat sesuatu yg lebih baik utk rakyat sabah..tunggulah masanya akan tiba nanti.” – Far Enin Ahmad

“Terbaik kerjaan warisan letakkan pesakit covid 19.ditempat yg sepatutnya.orang dah dekat nak mati. buat apa dok tempat elok-elok.prn nanti warisan menang 2/3 kerusi negeri.” – Wanchik Wan

“macam melepaskan batuk ditangga je. bajet ratus juta diperuntukan takkan cenggini je” – Gendon Gendut

“Shapie afdal dia Tau bedal jaa..jga rakyat Sabah dia Tak tau😏😏😏” – Shapie afdal dia Tau bedal jaa..jga rakyat Sabah dia Tak tau😏😏😏



“Kerajaan safie main bedal jer ni....# asal boleh....# buat malu orang sabah.....# miskin sudah warisan.#” – Raja Ahakdar Raja Sumsudin 



Setakat hari ini tiada komen yang dibuat oleh Shafie Apdal berkenaan dengan perkara ini.

Sementara itu Frankie Poon telah mengeluarkan kenyataan individu yang dikehendaki menjalani kuarantin boleh berbuat demikian di hotel yang ditetapkan tetapi mereka perlu membayar kosnya sendiri.

Beliau berkata, terdapat 28 pusat kuarantin yang diwartakan di negeri itu, tetapi mereka yang dikehendaki menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari itu boleh memilih untuk menginap di Hotel Monaco Boutique dan Hotel Oyo di sini.

“Mereka yang memilih untuk menginap di hotel ditetapkan dikehendaki membayar kos bilik dan makanan, tidak seperti pusat kuarantin disediakan oleh kerajaan yang tidak mengenakan apa-apa bayaran.” katanya. – Mkini/FMT/Cinca

ARTIKEL BERKAITAN: COVID-19: Sabah umum pakej bantuan RM670 juta



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram