Kat rumah ada siapa, ada kucing, sebak dengar makcik OKU seorang diri beli barang lepas dapat BPN

Seorang pegawai ATM sedang memakaikan topeng muka untuk makcik OKU.

JIKA kita berasa susah, masih ada insan lain yang jauh lebih susah di luar sana.

Begitulah yang gambaran ketabahan seorang wanita kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Noraini Wong yang keluar bersendirian untuk membeli barangan keperluannya.

Rakaman melibatkan wanita itu yang bergerak menggunakan kerusi roda automatik cukup menyentuh hati netizen setelah ia tular di Facebook.

Dalam rakaman sama, tindakan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memakaikan topeng wajah untuknya bagaikan menambah lagi kesayuan dalam hati orang ramai.

"Makcik ni OKU dia nak pergi pasaraya NSK (Selayang, Selangor). Tapi tak ada mask. So kami bagi masa dan glove pada makcik ni.

"Dia seorang je pergi beli barang, tak ada siapa bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)," ujar Khairul Zulkefli yang memuat naik video itu.



Please subscribe

Dikongsi pada Rabu, posting yang disertakan dua video itu sehingga kini menerima hampir 800,000 tontonan di Facebook.

Susulan tularnya video itu, nasib wanita berkenaan terus mendapat perhatian apabila kediamannya di Kampung Laksamana, Batu Caves diziarahi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pada Khamis.

Dedah Ustaz Ebit, wanita itu merupakan seorang mualaf yang memeluk Islam ketika berusia 20-an. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan usia terkini wanita itu.

Melalui nukilan di Facebook, Ustaz Ebit mengakui tidak dapat menahan sebak sewaktu mendengar pelbagai kisah yang diceritakan dalam kunjungan itu.


Loading...

"Dia kata ustaz Cina penceramah TV, Ebit Lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

"Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada di situ. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang sikit-sikit tepi jalan.

"Sekarang dah tak jual sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan kerusi roda elektrik tu dia ke sana sini cari rezeki," ujarnya.

Tambah Ebit Lew, wanita itu mengakui sudah 14 tahun tidak bertemu ibu kandungnya dan mempunyai adik yang kini menetap di Singapura.

"Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.


Loading...

"Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua.

"Saya dah ambil nombor adiknya di Singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan ya," kat Ebit Lew.

Dalam pada itu, majoriti komen menzahirkan rasa simpati mereka, tak kurang juga yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

"Semoga Allah permudahkan barisan hadapan negara dan semoga Allah sentiasa murahkan rezeki makcik tu.

"Allahhuakhbar... semoga dipermudahkan urusan makcik ni.

"Terima kasih bro! Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya," tulis beberapa netizen. – Mstar

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram