KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semakin hangat diperkatakan selepas beliau dan pasukannya memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah.
Beliau diserang daripada pelbagai pihak, termasuk pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah, individu dan kumpulan organisasi lain.
Di laman-laman media sosial, pelbagai tuduhan telah dilempar terhadap pendakwah bebas berbangsa Cina itu.
Loading...
Sejak dua hari lepas, tular pula sebuah video yang dipercayai menghina aktiviti dakwah Ebit dan menghina orang-orang miskin yang menerima sumbangan tersebut.
Menurut sumber, salah seorang daripada pelakon dalam video tersebut, Rosly Yusof merupakan pegawai kepada Ahli Parlimen DAP, Bukit Mertajam, Steven Sim.
Turut berlakon dalam video tersebut, Muhammad Fitri Termizi, yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang.
Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tujuan video tersebut dan tidak menyebut mana-mana nama, netizen sudah dapat mengagak ciri-ciri yang dilakonkan semula menggambarkan situasi yang sama dalam kebanyakkan video Ebit Lew.
Loading...
Menerusi perkongsian di Facebook, video tersebut mendapat kecaman dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelaku di dalam video tersebut.
Antara lain, netizen menganggap perbuatan dan video sindiran tersebut sebagai bodoh dan pelbagai lagi kecaman lain.
SuaraTV telah menghubungi Rosly Yusof, yang juga merupakan pelakon dalam video tersebut, tetapi gagal mendapat sebaran respon. – SuaraTV/Cinca
Please subscribe
Fitri Termizi berlakon sebagai Ustaz |
Rosly Yusof berlakon memakai mask dalam video |
ARTIKEL BERKAITAN:
- Masuk kawasan tak minta izin, Ustaz Ebit Lew diserang orang Mukhriz
- Ustaz Abu Syafiq tuduh Ustaz Ebit Lew seleweng sumbangan beli kereta mewah
- Luahan Ustaz Ebit Lew selepas dikecam pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Asyafiq
- Dituduh seleweng derma beli kereta mewah, lelaki tampil dedah sumber pendapatan sebenar Ustaz Ebit Lew
- Ustaz Abu Syafiq mengkafirkan Ustaz Ebit Lew
- Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman, ada orang buat aduan
- Ustaz Ebit Lew tak salah, kami tidak rasa diaibkan pun – Anak Pak Aq
- Pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Syafiq jangan sombong angkuh – Anwar Ibrahim
- Akhirnya terdedah video parodi hina Ustaz Ebit dihasilkan oleh Pakatan Harapan
- Saya tak akan minta maaf pada Ebit Lew – Ustaz Abu Syafiq
- Empat ikon Islam tampil pertahan Ebit Lew kecam Ustaz Kacang
- Najib Razak titipkan kata-kata semangat buat Ebit Lew
Join our Telegram Channel