Tidak puas hati kena PKPD, warga asing lempar air kencing kepada frontliner



Gara-gara tidak berpuas hati kediaman mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebahagian warga asing di ibu kota didakwa bertindak melakukan protes melempar sampah dan air kencing kepada petugas keselamatan yang bertugas.

Antara kawasan kediaman yang dikenakan PKPD di sekitar ibu kota sebelum ini adalah bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India sejak Selasa lalu serta Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu.

Loading...

Protes itu menurut laporan Sinar Harian dipercayai dilakukan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dikenakan perintah itu dan juga berkemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan yang dihadapi mereka sebelum ini.

Susulan daripada tindakan kurang ajar penghuni dipercayai warga asing itu, pihak berkuasa terlibat terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa memakai helmet bagi menghadapi situasi tersebut.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

Loading...

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” kata sumber kepada Sinar Harian.

Selain daripada ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga turut terlibat dalam melakukan kawalan di kawasan-kawasan tersebut sepanjang perintah itu berlangsung.

Bagaimanapun, menurut sumber yang dipetik melaporkan kini semakin terkawal selepas mereka tidak lagi mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana bekalan makanan dilaporkan sudah disediakan ketika ini di samping terpaksa akur dengan sikap tegas pihak berkuasa yang melakukan kawalan. – Vocket







Join our Telegram Channel
Telegram