TERKINI: ADUN Pas, UMNO menghadap Sultan Kedah



AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan UMNO tiba di Wisma Darul Aman, Alor Setar bagi mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini.

Antara yang tiba awal ialah Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor (Jeneri), diikuti Datuk Dr Mohd Hayati Othman(Tokai) ,Datuk Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas) dan ADUN UMNO iaitu Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Bharu).


Loading...

Harian Metro sebelum ini melaporkan seramai 35 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Alor Setar bermula 10 pagi ini.

Ia susulan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 Adun di negeri itu Selasa lalu. – Hmetro

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram