Anak Khalid Samad bocorkan rakaman audio Mesyuarat Majlis Presiden PH



Musaddeq Khalid adalah individu yang dipercayai telah bertanggungjawab membocorkan rakaman audio Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari yang lalu.

Rakaman berdurasi selama 2 jam 24 minit yang sepatutnya sulit itu kini sudah tersebar di serata pelosok negara sekaligus rakyat kini faham dan mengerti bahawa Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya menjaga rakyat tidaklah melakukan sedemikian sebaliknya agenda utama mereka hanyalah untuk mengangkat Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Padahal waktu itu negara sedang berada di dalam keadaan sangat genting diserang penularan wabak Covid-19 dan mujurlah ditumbangkan oleh Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, wabak itu kini berjaya dikawal dengan baik.


Loading...

Ramai berpendapat, jika PH masih mentadbir negara, mungkin lebih ramai rakyat yang akan meninggal dunia dan mustahil kerajaan akan memberi bantuan kewangan yang berbilion ringgit seperti yang dilakukan oleh PN memandangkan pembohongan besar PH waktu itu adalah negara sudah bangkrap dengan hutang mencecah trilion ringgit.

Berbalik kepada Musaddiq, beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Islam Yarmouk di Jordan. Mengambil ijazah di dalam Pengajian Islam dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Universiti Antarabangsa Madinah (MEDIU) di Shah Alam sebelum universiti itu diarahkan ditutup di atas sebab yang kurang jelas.

Musaddiq adalah Setiausaha Kerja Pakatan Harapan sejak 2017 sehingga sekarang. Dan beliau sebenarnya adalah anak kepada mantan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.


Loading...

Meanggotai keahlian parti Amanah tidaklah menjadikan seseorang itu seorang yang amanah.

Ibarat kata pepatah, ke mana tumpahnya Carlsberg jika tidak ke gelas Khalid. Begitulah perumpamaan netizen Nabeel Naqie yang merujuk kepada perangai bapa yang tidak amanah diikuti oleh anaknya yang juga tidak amanah.

Dakwaan itu menurut Nabeel turut disahkan oleh penganalisis politik yang juga seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia.

PH bagaimana pun telah menyalahkan Najib dan Umno di atas penularan audio rakaman tersebut. Najib juga dilabel sebagai protagonis, dalang disebalik segala yang berlaku di Malaysia. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:




Loading...



Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram