
Menurut penyelidik dalam satu kajian di China, koronavirus SARS-CoV-2 masih ditemui dalam air mani pesakit dijangkiti Covid-19 yang telah sembuh.
Kajian berskala kecil oleh penyelidik di China itu bagaimanapun tidak menyatakan jika sekiranya jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, lapor The Sun.
Loading...
Pakar mencadangkan agar lelaki mempertimbangkan untuk melakukan seks atau menggunakan kondom untuk membantu menghentikan penyebaran virus tersebut.
Virus itu dikesan dalam sampel air mani enam daripada 38 pesakit lelaki yang dimasukkan ke dalam wad dan empat daripada mereka kini masih kritikal manakala dua telah sembuh.
Loading...
Para saintis berpendapat bahawa virus ini boleh bertahan lebih lama dalam testis dan boleh tersebar melalui hubungan seks. Bagaimanapun, menurut Awani hasil kajian itu bercanggah dengan kaji selidik terhadap 34 pesakit lelaki warga China yang menghidap Covid-19 yang diterbitkan bulan lepas dalam jurnal Fertility and Sterility.
Dalam kajian itu, penyelidik Amerika Syarikat dan China tidak menemukan sebarang bukti kewujudan virus SARS-CoV-2 dalam sampel air mani yang diuji antara 8 hingga 2 bulan selepas diagnosis. – BHarian
Join our Telegram Channel