
Oh. DAP lagi.
Ni dah macam jual henfon pulak.
Dulu sampai sekarang.
Gempak depa sembang formula dan cadangan.
Rakyat tak lupa.
22 bulan sengsara rakyat bawah PH. – Najib Razak
SHAH ALAM - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong mencadangkan untuk mewujudkan sebuah blok baharu melibatkan lima buah negeri yang dikenali sebagai Pakatan Harapan Plus.
Beliau berkata, negeri terbabit iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Sabah boleh melakukan koordinasi bersama dalam menangani apa sahaja cabaran termasuk Covid-19 sekali gus memberikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan.
"Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan bahawa mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukan koordinasi secara melintang dan menegak.
Loading...
"Jadi sekarang terpulang kepada Pakatan Harapan Plus untuk bekerjasama dalam merangka keputusan dan memimpin normal baharu demokrasi dan membentuk kerajaan yang efisien.
"Tugas ini sangat penting ketika kerajaan Persekutuan pada ketika ini dilihat tidak mampu mentadbir, berpecah-belah dan keliru," katanya menerusi satu tulisan yang disiarkan di laman webnya www.liewchintong.com di sini hari ini.
Menurut beliau, sembilan daripada tiga belas negeri didapati menentang keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial negara menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.
Loading...
"Muhyiddin dilihat tergesa-gesa untuk membuka semula ekonomi, sementara dua lagi negeri (Johor dan Melaka) belum memutuskan perkara itu.
"Sebagai pelajar yang mempelajari tentang Perlembagaan Malaysia, ini adalah keadaan yang penting dalam perkembangan federalisme di negara ini. Ia juga merupakan detik Muhyiddin telah hilang kredibiliti," katanya.
Jelas beliau, keadaan itu memberi gambaran bahawa negeri di bawah Perikatan Nasional juga dilihat tidak sehaluan dengan keputusan dibuat oleh kerajaan Persekutuan. – Sinar
Join our Telegram Channel