Dr M setuju Bersatu keluar PH, dakwa Radzi Jidin



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan, dakwa Ketua Penerangan Bersatu, Radzi Jidin.

Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Saya juga ingin menjelaskan kepada ahli-ahli Bersatu bahawa perancangan untuk membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru diketahui dan disokong oleh Tun (Dr Mahathir) sendiri.

"Hanya di saat-saat akhir di mana perancangan ini sepatutnya dilaksanakan, Tun mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian parti," kata Radzi pada suatu kenyataan hari ini.

Loading...

Beliau mengulas kenyataan semalam yang dikeluarkan Marzuki Yahya yang masih mengaku setiausaha agung Bersatu.

Marzuki semalam, mempertikaikan kesahihan keputusan membawa Bersatu keluar dari PH.

Kepimpinan Bersatu yang berpihak kepada presiden parti Muhyiddin Yassin telah menggantikan Marzuki dengan Hamzah Zainuddin. Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata Marzuki masih lagi setiausaha agung parti. Marzuki berpihak kepada Mahathir.

Bersatu juga sedang dalam pertikaian mengenai jawatan pengerusi parti, satu kem mendakwa masih memegang jawatan itu, manakala satu lagi kem mendakwa Muhyiddin kini pemangku pengerusi Bersatu.

Radzi menjelaskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu secara rasmi telah memutuskan untuk keluar PH pada 23 Februari dan membentuk gabungan baru dengan parti-parti lain.

Loading...

Radzi turut menegaskan keputusan itu tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah dibahas di pelbagai peringkat dalam parti selama berbulan-bulan sebelum dimuktamadkan oleh biro politik pada 21 Februari dan MPT Bersatu pada 23 Februari.

Keputusan itu, dakwa Radzi dibuat bersandarkan alasan dakwaan PKR dan DAP telah menekan Mahathir untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri yang menimbulkan kegelisahan dalam Bersatu.

"Selain itu, pimpinan dan ahli parti di pelbagai peringkat juga tidak selesa dengan tindak tanduk parti DAP dan mereka rata-rata mahu parti mengkaji semula hubungan Bersatu dengan DAP dalam PH.

"Justeru, demi kelangsungan perjuangan parti di masa hadapan, langkah mula diambil untuk membawa

ARTIKEL BERKAITAN:

Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru.

"Namun, Tun (Dr Mahathir) tidak bersetuju dengan keputusan ini. Sebaliknya, beliau mahu kekal berada dalam PH kerana mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari 2020 telah memutuskan untuk menyerahkan kepada beliau menentukan tarikh bila beliau hendak melepaskan jawatan perdana menteri.

"Atas rasa hormat kepada YABhg Tun, MPT Bersatu bersetuju memberikan sedikit masa kepada beliau untuk mengumumkan keputusan yang telah dipersetujui oleh mesyuarat MPT. Dengan kata lain, keputusan untuk keluar dari PH telah dibuat, cuma pengumumannya sahaja ditangguhkan," kata Radzi. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram