Dulu buat bra, kini buat face mask

Jangan buat face mask macam ni pula nanti ya :)

KUALA LUMPUR: Pembuat pakaian dalam, Caely Holdings Bhd, akan menghasilkan penutup hidung dan mulut fabrik serta peralatan perlindungan diri (PPE) bagi pembuat peralatan memasak keluli tahan karat, Ni Hsin Resources Bhd, menerusi pembuatan peralatan tulen (OEM).

Anak syarikat milik penuh Caely, Marywah Industries (M) Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian pembuatan itu yang sah sehingga 31 Disember 2022 dengan unit Ni Shin, Ni Hsin Marketing Sdn Bhd (NHM), menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini.


Loading...

Marywah akan membuat penutup hidung dan mulut fabrik Coolmax Masketeer dan PPE jenama NHM namun perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada NHM sebelum menjual produk itu kepada mana-mana pihak.

"Kewajaran perjanjian ini adalah untuk membolehkan Marywah meningkatkan perolehannya daripada jenis produk lain menerusi kemudahan pengeluaran sedia adanya," kata Caely.

Pembuat pakaian dalam, pakaian, barangan kulit, pakaian sukan dan produk isi rumah itu berkata perjanjian berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021.


Loading...

Ia berkata, langkah itu akan lebih mengoptimumkan dan menyepadukan sumber syarikat, sekali gus mempunyai sumber pendapatan jangka panjang yang didorong permintaan baik terhadap produk berkenaan serta normal baharu pemakaian penutup hidung dan mulut berikutan pandemik Covid-19.

Ni Hsin Resources memegang 8.7 peratus kepentingan dalam Caely Holdings.

NHM menjalankan perniagaan terutama sebagai peniaga am serta aktiviti pengedaran dan pemasaran peralatan memasak, peralatan dapur, penapis air, cermin cembung dan produk berkaitan serta aksesori. – Bernama




Join our Telegram Channel
Telegram