
RAKYAT Malaysia yang pulang dari luar negara diseru memberi kerjasama kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjalankan pemeriksaan kesihatan berkaitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memerlukan kerjasama mereka bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga kefahaman mengenai jangkitan Covid-19 di negara ini.
"Kita kena maklumkan kepada mereka isu dan cabaran yang kita ada untuk mereka memahami keadaan semasa.
Loading...
"Kalau kita boleh dapatkan kerjasama daripada mereka, mungkin mereka akan faham situasi semasa (Covid-19) di negara ini," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir individu yang pulang dari luar negara tidak memberi kerjasama kepada petugas kesihatan yang datang ke kediaman mereka untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. – Hmetro
Join our Telegram Channel
