Majoriti pemimpin Bersatu putus keluar PH sokong PN



Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menegaskan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), dan berkata langkah untuk meninggalkan PH dan membentuk gabungan baru memang telah diputuskan.

Dalam satu kenyataan bersama, 27 anggota MPT dan pengerusi negeri berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPT pada 23 Februari lalu.

"Kami ingin menegaskan bahawa MPT Bersatu dalam mesyuaratnya pada 23 Februari telah membuat keputusan Bersatu keluar daripada PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru dengan parti-parti lain di luar PH.

"Keputusan ini adalah jelas dan tidak perlu dipertikaikan," menurut kenyataan bersama itu.


Loading...

Kenyataan itu sehari selepas Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menegaskan parti itu masih bersama PH.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata Bersatu setuju menyertai PN demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara.

"Kami juga menyokong sepenuhnya penubuhan PN sebagai sebuah gabungan parti-parti politik dengan matlamat dan tujuan yang terkandung dalam memorandum persefahaman PN.

"Kami juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan PN di bawah kepimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin," kata mereka lagi.


Loading...

Antara pemimpin Bersatu yang mengeluarkan kenyataan bersama itu ialah naib presiden Abdul Rashid Abdul Rahman, naib presiden dan pengerusi Selangor Abdul Rashid Asari, ketua wanita Rina Harun, setiausaha agung Hamzah Zainuddin dan ketua penerangan Radzi Jidin.

Antara pemimpin Bersatu yang tiada dalam senarai itu ialah pengerusi Dr Mahathir Mohamad, serta anggota MPT iaitu Kadir Jasin, Tariq Ismail, Maszlee Malik dan ketua pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muhyiddin pada 18 Mac turut melantik Hamzah Zainuddin sebagai penggantin Marzuki. Mahathir bagaimanapun berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan parti, maka ia terbatal dan tidak sah.

Bersatu kini menghadapi isu dalaman selepas kedua-dua pengerusi dan presidennya tidak sehaluan dalam menyokong kerajaan PN.

Berikut adalah kenyataan penuh:



– Mkini


Join our Telegram Channel
Telegram